JANGAN JADI KELDAI AKAUN

Pelajar universiti kini turut menjadi sasaran scammer, terutama melalui tawaran kerja sambilan, komisen lumayan dan peluang mendapatkan wang dengan mudah. Ada yang akhirnya terpedaya sehingga membenarkan akaun bank mereka digunakan untuk menerima dan memindahkan wang.

Keldai akaun ialah individu yang membenarkan akaun bank miliknya digunakan untuk menerima, menyimpan atau memindahkan wang yang berkaitan dengan penipuan atau aktiviti jenayah.

Antara tawaran yang perlu dicurigai ialah:

“Pinjamkan akaun bank, kami bayar RM300 seminggu.”

“Terima duit pelanggan dan transfer kepada kami.”

“Kerja sambilan, hanya guna akaun bank.”

Pelajar juga perlu berhati-hati jika diminta membuka akaun bank baharu, menyerahkan kad ATM, PIN, TAC, OTP atau memberikan akses kepada aplikasi perbankan.

Ingat, akaun bank adalah tanggungjawab pemiliknya. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran duit mudah atau komisen. Jika sesuatu pekerjaan memerlukan anda menerima dan memindahkan wang menggunakan akaun peribadi, semak kesahihannya terlebih dahulu.

Jika anda sudah terlanjur memberikan akaun atau mengesyaki akaun telah digunakan untuk penipuan, hubungi bank dengan segera, simpan semua bukti komunikasi dan transaksi, serta buat laporan kepada pihak berkuasa.

JANGAN JUAL, SEWA ATAU PINJAMKAN AKAUN BANK ANDA.

Duit mudah hari ini mungkin menjadi masalah besar pada masa hadapan.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *